Contact saya
Email: murnisundang@gmail.com
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Seorang sahabat saya telah bertanyakan banyak soalan kepada saya tentang emas dan pelaburan emas. Salah satunya adalah tentang spread ataupun lebih mudah disebut sebagai susut nilai. Jadi, kali ini saya nak cerita tentang spread emas dengan panjang lebar tetapi mudah.
Secara ringkasnya, Spread adalah peratus perbezaan harga jual dan beli emas. Di sini saya akan memberi contoh produk jongkong emas public gold. sila lihat gambar di bawah:
Harga emas public gold
Harga jual (PG sell) untuk 10g emas public gold hari ini adalah RM1809 manakala harga beli (PG buy) adalah RM 1664. Jadi,spread untuk produk ini adalah 8.7% (PGsell tolak dengan harga PG buy,bahagi dengan harga PGbuy darab dengan 100%)
Jadi, dengan formula yang sama, kita boleh kirakan semua spread untuk emas PUBLIC GOLD.
Ringkasnya adalah seperti berikut:
spread untuk i-series adalah lebih tinggi iaitu 11 % dan keatas. Berdasarkan kepada jadual spread di atas, dapat dilihat bahawa, spread untuk 10 dinar adalah sama dengan spread untuk 100 g jongkong emas. Harga 10 dinar adalah RM 7281 manakala harga 100 g jongkong adalah RM 17753. Berbeza bukan?dengan modal yang jauh lebih murah,anda boleh memperolehi peratusan keuntungan yang sama. Oleh sebab itu,saya lebih cenderung untuk mengumpul dinar emas. Ukiran dia pun lebih cantik :-)
okey,setakat ini saja perkongsian kali ini. Sekali lagi di ingatkan, setiap pelaburan pastinya menjanjikan keuntungan sekiranya kita mempunyai ilmu. Jadi,apa yang paling penting ialah ILMU dan ILMU jika dikongsi akan bertambah.
Sekian, Wassalam
Murni, klu berminat mau memulakn pelaburan, apa minimum modal dn apa yg patut dilabur utk yg 1st timer? Dn bilakah sbnrnya untung boleh dirai?
ReplyDeletepelaburan emas ni ada banyak jenis,untuk pelaburan emas public gold,kita melabur dalam bentuk emas fizikal..kiranya,kita beli emas n simpan..tunggu harga naik,baru jual..kalau xmau jual pun xpa,lagi lama kita simpan,lagi banyak kenaikan harga emas..modal minimun,terpulang,ikut kemampuan...tapi kalau mau jadi agen public gold,modal minimum rm 20K+..tapi duit ni semua untuk beli emas untuk jadi stok..kalau mo jual boleh,simpan jak pun boleh
Delete