Saturday, April 28, 2012

Emas Maya vs Emas Fizikal

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kali ni saya nak share tentang jenis2 pelaburan emas...jenis-jenis pelaburan emas yang saya akan terangkan di sini adalah jenis pelaburan emas maya dan emas fizikal.

berikut adalah ringkasan mengenai emas maya:
  • emasnya tidak nampak (di alam maya)
  • pelabur cuma keluarkan duit untuk melabur
  • sesetengahnya dijanjikan dengan pulangan tetap. berikut adalah contoh kes VGMC. anda boleh nilai sendiri, positif dan negatifnya. Pada saya,sangat merugikan...
beli emas sebanyak 1gm=rm160…beli 100gm=rm16000…tp emas disimpan oleh pengelola.utk dpt keuntungan dr pengelola kena mncari org.setiap org yg dpt dapat bawa untuk melabur…pengelola bg sebanyak rm400…2 org=rm800 


  • Selain itu,banyak bank-bank tempatan yang menyediakan produk pelaburan emas antaranya ialah MAYBANK, PUBLIC BANK, UOB, CIMB, Al-Rajhi dan KFH. Pelaburan paling minimum adalah MAYBANK, iaitu dengan hanya 1gram sahaja. minimum 10 g untuk melabur dalam CIMB, KFH, Al-rajhi  dan public bank. kalau untuk UOB pulak, minimum kena beli 20 gram. spread adalah berbeza-beza mengikut bank. baca tentang spread disini
  • Bank-bank convensional hanya meletakkan jumlah gram yang dibeli didalam buku akaun. Jual beli cara ini adalah tidak sah dan haram disisi islam. Rukun jual beli dalam islam adalah penjual dan pembeli, barang dan harga, serta ijab dan qabul. kiranya dalam kes bank convensional, barang adalah  tidak wujud (emas cuma di alam maya).
maybank GIA
kertas bercetak ni je yang dapat,emas xdapat pun

  • Pelaburan emas melalui buku bank yang terbaik adalah melalui islamic banking, iaitu KFH dan Al-Rajhi. Tapi cawangan bank-bank ini adalah terhad. di Sabah, hanya ada di Kota Kinabalu sahaja. dan lagi, produk pelaburan emas tidak di tawarkan oleh bank Al-Rajhi Kota Kinabalu. Hanya 2 cawangan Al-Rajhi je yang menyediakan pelaburan emas di Malaysia iaitu KL dan bangsar..kat KK, Al-Rajhi tak jual emas ye kawan-kawan. 
  • Konsep pelaburan emas melalui bank adalah masa nak melabur,kita beli emas,masa nak guna duit, kita jual emas tu. tapi make sure harga beli bank masa kita nak jual tu adalah lebih tinggi dari harga masa kita beli emas tu..kalau tidak,anda akan rugi...

Ok,sekarang cerita tentang emas fizikal pulak. berikut adalah ringkasannya:
  • Beli emas, simpan dalam tangan...kalau tak berani simpan ditangan,simpan d safe deposit box..bank ada sediakan, contohnya Maybank...
  • banyak syarikat menjual emas di Malaysia, contohnya PUBLIC GOLD, GSR, dan sebagainya.
  • boleh juga didapati d kedai-kedai emas seperti TOMEI, HABIB JEWEL dan sebagainya.
  • Boleh dibeli d bank-bank contohnya syiling kijang emas boleh di dapati d MAYBANK.
  • kebaikan menyimpan emas fizikal disamping untuk pelaburan adalah kebolehannya untuk menjana wang apabila diperlukan...emas fizikal boleh d gadai d ar-rahnu...bila dah ada duit,boleh tebus balik...
  • Kalau beli rantai atau gelang, boleh dgayakan oleh wanita...lelaki haram pakai emas ye, tapi boleh simpan dinar emas...Allah SWT maha Adil..
  • kalau anda lebih berilmu,anda juga boleh menjana keuntungan melalui teknik ar-rahnu.
  • sebelum membeli emas fizikal,kena pastikan susut nilai untuk emas tersebut...kebanyakan emas yang d jual d kedai emas dikenakan susut nilai yang tinggi, sehingga 25%...emas fizikal yang d jual d bank pun boleh dikenakan susut nilai yang tinggi atas sebab-sebab tertentu...contohya,apabila bekas plastik d buka,terkemik dan sebagainya...
  • selepas lebih setahun saya membuat kajian mengenai pelaburan emas fizikal, saya dapati bahawa, produk PUBLIC GOLD adalah yang terbaik...kenapa? saya akan terangkan dalam blog entri yang lain.

dinar public gold
Sekian Wassalam...

Friday, April 27, 2012

Elok melabur dalam bentuk emas

Contact saya Email: murnisundang@gmail.com

Arkib UTUSAN MALAYSIA (14/11/2009)


Laporan Dato' Salleh Majid



MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.

Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau. Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka. Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia. Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.

Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan. Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.

Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuranMereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.

Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871). Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.

Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns. Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?
Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.

Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.

Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.
Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.

Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam "bentuk emas" walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.
Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.
Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Wednesday, April 25, 2012

apa itu spread?

Contact saya Email: murnisundang@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seorang sahabat saya telah bertanyakan banyak soalan kepada saya tentang emas dan pelaburan emas. Salah satunya adalah tentang spread ataupun lebih mudah disebut sebagai susut nilai. Jadi, kali ini saya nak cerita tentang spread emas dengan panjang lebar tetapi mudah.

Secara ringkasnya, Spread adalah peratus perbezaan harga jual dan beli emas. Di sini saya akan memberi contoh produk jongkong emas public gold. sila lihat gambar di bawah:

Harga emas public gold

Harga jual (PG sell) untuk 10g emas public gold hari ini adalah RM1809 manakala harga beli (PG buy) adalah RM 1664. Jadi,spread untuk produk ini adalah 8.7% (PGsell tolak dengan harga PG buy,bahagi dengan harga PGbuy darab dengan 100%)

Jadi, dengan formula yang sama, kita boleh kirakan semua spread untuk emas PUBLIC GOLD.

Ringkasnya adalah seperti berikut:


spread untuk i-series adalah lebih tinggi iaitu 11 % dan keatas. Berdasarkan kepada jadual spread di atas, dapat dilihat bahawa, spread untuk 10 dinar adalah sama dengan spread untuk 100 g jongkong emas. Harga 10 dinar adalah RM 7281 manakala harga 100 g jongkong adalah RM 17753. Berbeza bukan?dengan modal yang jauh lebih murah,anda boleh memperolehi peratusan keuntungan yang sama. Oleh sebab itu,saya lebih cenderung untuk mengumpul dinar emas. Ukiran dia pun lebih cantik :-)

okey,setakat ini saja perkongsian kali ini. Sekali lagi di ingatkan, setiap pelaburan pastinya menjanjikan keuntungan sekiranya kita mempunyai ilmu. Jadi,apa yang paling penting ialah ILMU dan ILMU jika dikongsi akan bertambah. 

Sekian, Wassalam


Sunday, April 15, 2012

Seminar Pelaburan Emas

Contact saya Email: murnisundang@gmail.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam saya dan seorang kawan telah berkesempatan untuk menghadiri satu seminar/talk tentang peluang pelaburan emas bersama public gold. So, kat sini saya nak membuat ringkasan tentang point-point penting tentang ilmu yang dikutip daripada Pengurus besar Public Gold iaitu En.Syukor Hashim.

Mula-mula, beliau bercerita tentang company PUBLIC GOLD. Ringkasnya:
  • Public gold adalah syarikat pertama d Malaysia yang mengeluarkan EMAS untuk pelaburan seperti jongkong emas, Dinar emas dsbg.
  • Telah menang Malaysia Book of Record (bila tu tak pasti lah pulak)
  • Ditubuhkan pada tahun 2008. 
  • Menjual EMAS dan PERAK pada harga kilang. jauh lebih murah dari harga kedai emas.
  • sehari boleh mengeluarkan 60 kg emas
  • Harga emas mengikut harga semasa dunia dan d update setiap 20 minit.
  • Harga beli dan jual dipaparkan jelas dalam website www.publicgold.com.my

Setelah itu, beliau mula menerangkan tentang KEISTIMEWAAN EMAS: Berikut adalah ringkasannya
  • Di dalam Al-Quran, emas telah disebut sebanyak 8 KALI.
  • EMAS juga disebut dalam banyak hadis nabi. salah satunya tentang dinding syurga yang dibina d selang selikan dengan emas dan perak. SUBHANALLAH.
  • di dunia ni, emas merupakan simbol kekayaan, kejayaan, kekuasaan dan kecantikan.
  • Hari ini,siapa yang ada emas 6 kilo, dia dah bergelar jutawan...jutawan tu kaya bukan?
  • Kalau berjaya dalam sukan dan sebagainya akan dapat pingat emas. asalkan nombor 1 mesti dapat pingat emas. terbayang2 berapa banyak lah emas Dato Lee Chong Wei
  • Warna diraja adalah warna emas. ini melambangkan kekuasaan.
  • Wanita akan merasa cantik dengan memakai emas sebagai perhiasan. (sekarang ni, ada lagi produk terbaru menggunakan emas untuk kecantikan iaitu, mandi emas..yang ni saya dengar kat nona TV3 baru tadi)
  • Treand harga emas dunia menunjukkan PENINGKATAN. Walaupun kadang2 turun, tetapi tetap akan naik lebih banyak berbanding turun.
  • Tahun lepas, siapa yang beli emas awal tahun, dan jual akhir tahun akan dapat keuntungan 13%. tetapi siapa yang lebih bijak, memBELI emas pada harga RENDAH dan menJUAL pada harga TINGGI, keuntungannya adalah 45%...(fuyooo..napa lah lambat tersedar)
  • Kenaikan harga emas adalah seiring dengan kenaikan harga barangan malah lebih lagi (ini yang membuatkan PELABURAN EMAS UNTUNG). 
  • Modal yang mudah dan murah untuk pelaburan. contohnya, kalau ada duit RM 742, dah boleh beli SATU DINAR. tapi dengan RM 742 tersebut tak mungkin dapat untuk buat pelaburan rumah dan hartanah. 
  • Kalau nak buat pelaburan dalam amanah saham pulak, keuntungan cuma dalam lebih kurang 8 % (ni pun kita kena semak halal haram pelaburan tersebut)
  • EMAS adalah KALIS INFLASI...inflasi untuk duit Malaysia adalah 4% - 6%. Jadi,sapa yang peram duit dalam bank tu semakin miskin lah (en.syukor yang cakap ye)
  • Pelaburan emas adalah sesuai untuk jangka masa yang sederhana dan panjang (setahun dan keatas). Kalau lebih lama,lebih UNTUNG. cuba tanya emak kita, berapa ringgit dia beli emas untuk kita masa kita kecik2 dulu...RM 30/gram tau...sekarang nih harga EMAS dah cecah RM 180/gram...jadi kira lah kenaikan nya?untung ke tak untung tu?

Graf harga emas dunia

Seronok sungguh mendengar ceramah en.Syukor malam tadi,d selang selikan dengan humor dan cerita-cerita menarik. Terima Kasih atas perkongsian ilmu, semoga mendapat keberkatan oleh Allah S.W.T...setakat itu je lah perkongsian saya tentang ceramah malam tadi...insyaALLAH kalau ada masa,saya akan cerita lebih lagi... 



Friday, April 6, 2012

pelaburan emas vs hartanah

Contact saya Email: murnisundang@gmail.com

salam,

seperti yang saya sebut dalam blog post sebelum ini, saya ada sedikit pengalaman dalam pelaburan hartanah. apa yang saya dapat kongsikan disini ialah perbandingan tentang pelaburan hartanah dan pelaburan emas.

1. Pelaburan hartanah sangat mahal sehinggakan seseorang itu perlu membuat pinjaman untuk memiliki sesuatu hartanah....contohnya harga tanah yang mencecah 200K untuk 0.4 hectar...mana nak cekau 200K?seseorang kena buat pinjaman untuk itu...so,bila buat pinjaman,ada kerugian disitu,dimana semakin banyak jumlah pinjaman dan semakin lama tempoh pinjaman,semakin tinggi interest yang dikenakan...untuk pelaburan EMAS pula,hanya memerlukan kita membeli pada amaun mengikut kemampuan...kalau ada ratus2 ribu,boleh lah melabur ratus2 ribu, kalau ada ratus2 ringgit pun tak de masalah...beli lah SATU DINAR...ketika blog ini ditulis,harga SATU DINAR adalah RM 730. murah bukan?tetapi,for sure harga tahun depan akan lebih tinggi...

emas sebagai perhiasan dan pelaburan jangka panjang (gambar hiasan)


2. Untuk pelaburan hartanah,adalah perlu untuk kita mengkaji betul2 prospek hartanah tersebut...tentulah setiap pelaburan yang kita lakukan adalah untuk memperolehi keuntungan...tidak semua hartanah akan memberikan keuntungan...ianya bergantung kepada lokasi dan segala macam faktor yang perlu dipertimbangkan...kalau silap langkah macam mana?tak ke naya nak membayar balik pinjaman?owh tidak tidak dan tidak...PELABURAN EMAS pulak,sangat MUDAH...beli masa murah,jual masa mahal...kalau tak nak jual pun,simpan je sehingga 10 tahun...tak kira lah emas jenis apa pon...gelang tangan ke, rantai ke,dinar ke,jongkong ke...kalau nak lebih untung,sila lah timba ilmu lebih lagi....ataupun, SILA HUBUNGI SAYA

3. Proses untuk memiliki sebuah hartanah adalah sangat rumit...contohnya untuk membeli tanah, kita perlu semak hartanah tersebut di jabatan tanah dan ukur untuk memastikan hartanah tersebut benar2 milik penjual hartanah tersebut...selain itu pembelian perlu melalui peguam...untuk itu,yuran perlu dibayar....so,kos ini dah kira termsuk kos modal...

itulah beberapa perbandingan yang dapat saya huraikan..setiap pelaburan pasti memberikan keuntungan sekiranya kita mempunyai ilmu...so,marilah bersama2 kita menimba ilmu


sekian...

Harga emas akan naik lagi!!

Contact saya Email: murnisundang@gmail.com

Kelembapan ekonomi global menyebabkan harga emas dijangka naik lagi tahun ini...sebelum harga melambung lebih tinggi sehingga kita xmampu nak beli,apa kata kita beli sekarang untuk pelaburan masa hadapan...

harga emas dijangka akan naik berdasarkan faktor-faktor berikut:

1. Kenaikan harga minyak...bila minyak naik,inflasi akan naik,so orang akan berebut membeli emas sebagai pelindung inflasi

2. Hutang yang tinggi d negara-negara europe n amarika.

3. Permintaan yang tinggi oleh negara china dan india (pengguna emas terbesar dunia)

4. Bekalan yang terhad (supply rendah, demand tinggi)


untuk ifo sumber yang lebih lengkap sila baca paper...atau boleh contact saya=)


Tuesday, April 3, 2012

Dinar emas mampu atasi krisis ekonomi

Salam,

Tajuk berita hari ini, dalam paper UTUSAN

*nak baca lebih lanjut, sila baca paper utusan...
p/s: kalau nak mengumpul dinar emas, sila tinggalkan komen anda

Monday, April 2, 2012

permulaan

salam,

tujuan blog ini adalah untuk saya berkongi pengalaman dengan anda semua tentang pelaburan. Saya sudah terlibat dengan banyak jenis pelaburan, contohnya dalam hartanah, unit trust, ASB, emas dan perak. Dalam banyak-banyak pelaburan yang saya involve, pelaburan emas adalah yang paling mudah, murah dan menguntungkan...semoga hasil perkongsian saya dapat memberi manfaat untuk kita semua.


wassalam