Thursday, October 11, 2012

harga emas dijangka mencecah USD 2500/Oz

Contact saya Email: murnisundang@gmail.com


Emas mampu cecah AS$2,500 seauns- Berita Harian 


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmasmampucecahAS_2_500seauns/Article


Harga emas dijangka bergerak ke arah AS$2,000 seauns dalam tempoh enam bulan akan datang dengan arah aliran menaik itu dijangkakan berterusan untuk mencapai harga sasaran AS$2,500 seauns dalam tempoh setahun ini, kata Naib Presiden yang juga Pengurus Porfolio DWS Investments GmbH, Manuel Tenekedshijew. 

Beliau berkata, pendorong utama kepada kenaikan harga itu termasuk kadar faedah sebenar yang tidak menarik, kebimbangan jangka panjang terhadap inflasi, kekukuhan permintaan bagi pelaburan, arah aliran terkini yang menunjukkan meningkatnya pembelian logam berharga oleh bank pusat di seluruh dunia, selain bekalan terhad. “Berdasarkan analisis kami, harga emas dijangka mencecah AS$1,800 sedikit masa lagi dengan sebarang pembetulan harga menjadi asas kepada kenaikan lanjut. 


“Harga emas dijangka bakal bergerak ke arah AS$2,000 seauns dalam tempoh enam bulan akan datang dan arah aliran menaik itu dijangka berterusan untuk mencapai harga sasaran AS$2,500 seauns selepas setahun dari sekarang,” katanya sambil menambah dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu, emas kebiasaannya dilihat sebagai pelaburan terbaik. 

Beliau berkata demikian pada taklimat media berhubung arah aliran logam emas di Kuala Lumpur, semalam. Harga emas berlegar AS$1,760 seauns semalam. 
Perkembangan ekonomi dan geopolitik semasa menyaksikan dorongan kenaikan harga pasca 2000. 

Sementara itu, Pengarah Dana Runcit Bahagian Pengurusan Dana AMMB Holdings Bhd, Ng Chze How (gambar), berkata prestasi lebih baik saham syarikat berkaitan perlombongan emas berbanding pergerakan harga emas fizikal sejak sedekad lalu mendorong AMMB Holdings menambah saiz dana AmPrecious Metal tidak kurang tiga kali daripada 350 juta unit sejak dilancarkan pada 2007, kepada 600 juta unit dan terkini kepada 750 juta unit. 

Beliau berkata, dana berasaskan Syariah AmPrecious Metal dilaburkan dalam saham syarikat global terbabit aktiviti berkaitan emas dan logam berharga, seperti syarikat pelombongan emas kerana statistik menunjukkan prestasi saham syarikat terbabit jauh lebih baik berbanding pergerakan harga emas fizikal sejak sedekad lalu.

Psst, beli emas sekarang sebelum harganya melompat lebih tinggi...simpan emas lebih untung dari simpan  duit tau=)

Wednesday, July 25, 2012

Pelaburan perak


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat berpuasa kepada semua ummat Islam... dah masuk hari ke 5 kita berpuasa di Malaysia, syukur Alhamdulillah..hari ini adalah hari gaji untuk pekerja kerajaan macam saya...niat dihati memang nak beli emas dan perak, tapi nampaknya ada keperluan yang lebih untuk bulan depan dan bulan seterusnya..jadi, untuk bulan ini, perak je lah yang mampu untuk dibeli..

Pelaburan perak atas kertas


bercakap tentang perak, dalam entri kali ini, saya ingin menceritakan tentang simpanan perak. Perak (silver) seperti ramai yang dah sedia maklum adalah logam berharga yang ke dua...biasanya johan sukan akan dapat emas, naib johan pulak akan dapat perak.


Kenapa saya simpan perak:
1. Juga merupakan matawang sunnah (dirham diperbuat daripada perak)

2. Murah, jauh lebih murah jika dibandingkan dengan emas. Harga segram RM 3 ringgit ++ sahaja. murah bukan? sangat mampu di miliki.

3. Sejarah menunjukkan peningkatan harga perak selama 10 tahun adalah mencecah 700%, hebat bukan?

4. Kegunaan perak sangat meluas dalam industri. Ini menyebabkan peningkatan permintaan. Oleh itu, harga perak akan terus mencanak naik...so penyimpan perak akan terus senyum...

5. Difahamkan juga bahawa, lombong perak suda tidak wujud, bila supply dah zero, harga akan melambung.

Sekian,



Tuesday, June 5, 2012

Saham Bank Rakyat

Contact saya Email: murnisundang@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali ni nak cerita tentang pelaburan melalui saham Bank Rakyat. Pernah dengar tak pasal ni?kalau tak pernah,sy akan cerita kat sini.

Pada 7 april tahun lepas, saya dan seorang kawan telah membuka akaun Bank Rakyat berikutan keluarnya berita tentang Bank Rakyat tambah modal 1Billion, selepas 7 tahun tutup... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0403&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm&arc=hive berita ini diberitakan oleh seorang kawan kepada kawan. Dengarnya dividen 15% konsisten, dan limit untuk individu adalah RM 500 seorang. Apa salahnya mencuba kan...

Dan hari ni, saya dah dapat statement untuk pelaburan tersebut,dividen adalah sebanyak 15% seperti tahun-tahun sebelumnya...masalah nya dividen tu kalau tak keluarkan dalam setahun akan dikembalikan ke Pejabat Wang Tak Dituntut...dan yang menambahkan masalah ialah buku akaun Bank Rakyat tak tau dah hilang pg mana...

statement

satu soalan yang bermain d minda, bila dapat duit tak kira banyak atau sikit, halal n haram tu perlu lah kita fikirkan...Alhamdulillah Bank Rakyat adalah bank koperasi ISLAM terbesar diMalaysia. jadi pastinya mempunyai penasihat syariahnya tersendiri dan saya yakin saham ini adalah HALAL.

ok, itu je untuk entri saham bank rakyat ni...

Wassalam...

Friday, May 25, 2012

Gold Jewellery GSR

Contact saya Email: murnisundang@gmail.com

Cincin emas 916 (1g, 2g, 5g)


Gelang 916 (10g, 20g, 50g, 100g)


koleksi barang kemas GSR


produk silver GSR

Tuesday, May 1, 2012

Keluar dari ASB, pilih EMAS

Contact saya Email: murnisundang@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam entri kali ini,saya nak menceritakan kisah saya yang beralih arah dari melabur dalam ASB ke dalam emas. Terlebih dahulu, saya nak menceritakan macam mana saya terjebak dalam pelaburan ASB.

Masa saya d sekolah menengah, pihak ASNB datang buat promosi ASB di sekolah, tak silap saya semasa saya  di tingkatan 1, sekolah menengah kebangsaan tawau... mak pun bagi duit..dapat lah buku ini..TING


time tu segala promosi ASNB saya join termasuk amanah saham wawasan...mak memang sangat menggalakkan anaknya menabung...lepas umur 18 tahun, tukar ke akaun dewasa...agak lama jugak saya menabung dalam akaun ni,bila nak guna duit,pegi bank dan kuarkan..masa study memang tak boleh nak simpan duit lama2,mesti ada saja benda nak kena beli...jadi,duit yang ada kat dalam tu bukanlah untuk pelaburan sebenr-benarnya...

bila dah kerja, lain pula ceritanya...mula lah nampak pelaburan ASB ni salah satu pelaburan yang menguntungkan...mulalah bersikap tamak...selain simpan sendiri tiap bulan melalui potongan gaji, saya juga membuat pinjaman ASB akibat termakan pujuk bank officer...nasib baik lah tak buat overdraft untuk ASB ni, dulu ada gak baca tentang overdraft untuk ASB ni menguntungkan...tapi syukurlah produk ni dah tak di tawarkan lagi...

ok,dah melalut nampaknya...kembali kepada topik asal, keluar dari ASB...kenapa saya memilih untuk keluar? sebab utamanya adalah KERAGUAN YANG MUNASABAH...kawan-kawan, ini pesanan saya, untuk diri saya sendiri dan semua yang sudi membaca blog saya... ASB TIDAK tersenarai dalam suruhanjaya securiti sebagai pelaburan PATUH SYARIAH...jadi apakah maksudnya? ASB TIDAK PATUH SYARIAH sebab melaburkan banyak modal dalam Maybank dan Maybank tidak tersenarai dalam senarai Suruhanjaya Security sebagai Sekuriti Patuh Syariah..sila rujuk 

dan lagi ASB TIADA PENASIHAT SYARIAH...

sila rujuk link di bawah untuk info lebih lanjut...


ada banyak argument tentang hal ini...lebih-lebih lagi bila jabatan mufti negeri Selangor keluarkan fatwa bahawa pelaburan ASB adalah tidak halal...sila rujuk

memang ramai yang tidak puas hati dengan fatwa mutti negeri Selangor tersebut kerana Majlis Fatwa kebangsaan ada mengeluarkan fatwa HARUS keatas pelaburan ASB atas sebab MASLAHAT UMUM, tapi saya kini yakin bahawa langkah terbaik adalah keluar dari ASB...jangan disebabkan keuntungan sebanyak 8% setahun itu membuatkan kita terlibat dalam perkara yang syubhah...kita bukannya tiada pilihan lain untuk melabur...

selepas membuat keputusan untuk keluar dari ASB, saya dapati pelaburan EMAS juga mempunyai prospek yang menarik...tapi, terdapat banyak jenis pelaburan emas, anda yang kena pilih dan tentukan yang terbaik untuk anda..sila klik disini untuk sedikit info tentang jenis-jenis pelaburan emas...sebagai umat Islam, pilihlah yang HALAL...pesanan untuk diri sendiri...mudah-mudahan rezeki kita berkat...pastikan pelaburan kita untuk kebaikan DUNIA dan AKHIRAT...amin...

berpesan-pesan sesama kita, maaf kalau ada tersalah silap

Wassalam

Saturday, April 28, 2012

Emas Maya vs Emas Fizikal

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kali ni saya nak share tentang jenis2 pelaburan emas...jenis-jenis pelaburan emas yang saya akan terangkan di sini adalah jenis pelaburan emas maya dan emas fizikal.

berikut adalah ringkasan mengenai emas maya:
  • emasnya tidak nampak (di alam maya)
  • pelabur cuma keluarkan duit untuk melabur
  • sesetengahnya dijanjikan dengan pulangan tetap. berikut adalah contoh kes VGMC. anda boleh nilai sendiri, positif dan negatifnya. Pada saya,sangat merugikan...
beli emas sebanyak 1gm=rm160…beli 100gm=rm16000…tp emas disimpan oleh pengelola.utk dpt keuntungan dr pengelola kena mncari org.setiap org yg dpt dapat bawa untuk melabur…pengelola bg sebanyak rm400…2 org=rm800 


  • Selain itu,banyak bank-bank tempatan yang menyediakan produk pelaburan emas antaranya ialah MAYBANK, PUBLIC BANK, UOB, CIMB, Al-Rajhi dan KFH. Pelaburan paling minimum adalah MAYBANK, iaitu dengan hanya 1gram sahaja. minimum 10 g untuk melabur dalam CIMB, KFH, Al-rajhi  dan public bank. kalau untuk UOB pulak, minimum kena beli 20 gram. spread adalah berbeza-beza mengikut bank. baca tentang spread disini
  • Bank-bank convensional hanya meletakkan jumlah gram yang dibeli didalam buku akaun. Jual beli cara ini adalah tidak sah dan haram disisi islam. Rukun jual beli dalam islam adalah penjual dan pembeli, barang dan harga, serta ijab dan qabul. kiranya dalam kes bank convensional, barang adalah  tidak wujud (emas cuma di alam maya).
maybank GIA
kertas bercetak ni je yang dapat,emas xdapat pun

  • Pelaburan emas melalui buku bank yang terbaik adalah melalui islamic banking, iaitu KFH dan Al-Rajhi. Tapi cawangan bank-bank ini adalah terhad. di Sabah, hanya ada di Kota Kinabalu sahaja. dan lagi, produk pelaburan emas tidak di tawarkan oleh bank Al-Rajhi Kota Kinabalu. Hanya 2 cawangan Al-Rajhi je yang menyediakan pelaburan emas di Malaysia iaitu KL dan bangsar..kat KK, Al-Rajhi tak jual emas ye kawan-kawan. 
  • Konsep pelaburan emas melalui bank adalah masa nak melabur,kita beli emas,masa nak guna duit, kita jual emas tu. tapi make sure harga beli bank masa kita nak jual tu adalah lebih tinggi dari harga masa kita beli emas tu..kalau tidak,anda akan rugi...

Ok,sekarang cerita tentang emas fizikal pulak. berikut adalah ringkasannya:
  • Beli emas, simpan dalam tangan...kalau tak berani simpan ditangan,simpan d safe deposit box..bank ada sediakan, contohnya Maybank...
  • banyak syarikat menjual emas di Malaysia, contohnya PUBLIC GOLD, GSR, dan sebagainya.
  • boleh juga didapati d kedai-kedai emas seperti TOMEI, HABIB JEWEL dan sebagainya.
  • Boleh dibeli d bank-bank contohnya syiling kijang emas boleh di dapati d MAYBANK.
  • kebaikan menyimpan emas fizikal disamping untuk pelaburan adalah kebolehannya untuk menjana wang apabila diperlukan...emas fizikal boleh d gadai d ar-rahnu...bila dah ada duit,boleh tebus balik...
  • Kalau beli rantai atau gelang, boleh dgayakan oleh wanita...lelaki haram pakai emas ye, tapi boleh simpan dinar emas...Allah SWT maha Adil..
  • kalau anda lebih berilmu,anda juga boleh menjana keuntungan melalui teknik ar-rahnu.
  • sebelum membeli emas fizikal,kena pastikan susut nilai untuk emas tersebut...kebanyakan emas yang d jual d kedai emas dikenakan susut nilai yang tinggi, sehingga 25%...emas fizikal yang d jual d bank pun boleh dikenakan susut nilai yang tinggi atas sebab-sebab tertentu...contohya,apabila bekas plastik d buka,terkemik dan sebagainya...
  • selepas lebih setahun saya membuat kajian mengenai pelaburan emas fizikal, saya dapati bahawa, produk PUBLIC GOLD adalah yang terbaik...kenapa? saya akan terangkan dalam blog entri yang lain.

dinar public gold
Sekian Wassalam...

Friday, April 27, 2012

Elok melabur dalam bentuk emas

Contact saya Email: murnisundang@gmail.com

Arkib UTUSAN MALAYSIA (14/11/2009)


Laporan Dato' Salleh Majid



MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.

Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau. Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka. Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia. Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.

Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan. Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.

Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuranMereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.

Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871). Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.

Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns. Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?
Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.

Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.

Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.
Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.

Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam "bentuk emas" walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.
Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.
Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)